Persatuan Sains dan Matematik SRATI telah menganjurkan minggu Celik Matematik. Tujuan utama minggu Celik Matematik adalah supaya murid-murid berasa seronok, tertarik dan minat pada subjek teras ini.
Pelbagai aktiviti diadakan untuk menarik minat murid-murid dalam subjek Matematik. Diharapkan mereka lebih bersemangat dan tidak mudah berasa sukar dalam mempelajari Matematik.