IPOH, 21 April 2019: Hari ini telah telah diadakan Mesyuarat Agung PIBG yang ke 19. Pada mesyuarat kali ini telah diadakan pemilihan AJK PIBG yang baru bagi sesi 2019-2021. Pada majlis yang sama telah diadakan penyampaian cenderamata khas kepada pelajar-pelajar cemerlang UPKK 2018 yang berjaya mendapat 8A.
Serentak dengan Mesyuarat ini diadakan Majlis Perasmian Dewan Terbuka SRATI oleh Pengerusi Jemaah Pengurusan Sekolah, Tuan Haji Mat Jita dan Hari Kantin 2019. Hari Kantin ini merupakan yang pertama kali diadakan sejak 27 tahun penubuhan SRATI. Hari Kantin ini bertujuan untuk mengutip dana untuk pembangunan sekolah. Alhamdulillah, program yang telah dirancang sekian lama telah berjalan dengan lancar dan berjaya.
http://sratiipoh.com/index.php/11-aktiviti/161-mesyuarat-agung-pibg-hari-kantin-2019#sigFreeIdd7a6e0a150