Banner Qorban & Aqiqah 2018

Alamat

Lot 37152 Off Lintasan Desa Jaya,
Taman Kinta Jaya,
31250 Tg. Rambutan,
Perak

Tel:     05-5334705 / 013-5301399
Faks:   05-5335385
Email:  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.


 

Kepada tuan-tuan dan puan-puan yang budiman;

Assalamu'alaikum WBT.

Kami pihak sekolah dengan rasa rendah hatinya, ingin memohon sumbangan tuan-tuan dan puan-puan untuk menaik taraf surau SRAR Tarbiyyah Islamiyah, Tg. Rambutan.

Pada 23 hingga 27 hari bulan Julai 2018, telah berlangsungnya percubaan UPSR. Semua calon UPSR di SRATI wajib menghadapi percubaan UPSR sebagai persiapan menghadapi peperiksaan UPSR yang sebenar. 

View the embedded image gallery online at:
http://sratiipoh.com/index.php/8-berita#sigFreeId3fd35d5e06

14 Julai 2018 - SRATI telah menghantar lima orang wakil pelajar bagi menyertai Majlis Ihtifal Peringkat Zon 3 Negeri Perak yang diadakan di Kolej Vokasional Seri Manjung. Alhamdulillah...kelima-lima peserta tersebut  telah berjaya membolot gelaran juara bagi kelima-lima acara yang disertai oleh mereka. 

View the embedded image gallery online at:
http://sratiipoh.com/index.php/8-berita#sigFreeId2c44700b91

Pada 9 Julai 2018, Ustaz Wan Tarmizi Abd Aziz telah kembali ke rahmatullah. Beliau merupakan seorang yang sangat berjasa dalam dunia dakwah dan pendidikan.Beliau juga pernah menganjurkan sebuah kelas Dhuha untuk golongan ibu bapa di dewan SRATI hampir 2 tahun.

View the embedded image gallery online at:
http://sratiipoh.com/index.php/8-berita#sigFreeId145ea4518c

29 Jun 2018 - SRATI telah mengadakan hari bertemu waris. Hari bertemu waris ini berlangsung di setiap kelas. Guru kelas tersebut akan memberikan buku rekod peperiksaan kepada ibu bapa murid-murid yang hadir. Guru kelas akan memberikan nasihat dan memberitahu potensi diri murid tersebut semasa berada di sekolah.

Makluman: Ibubapa dan warga SRATI adalah dijemput untuk mengambil bahagian di dalam Qorban dan Aqiqah 2018. Bayaran untuk satu bahagian adalah sebanyak RM650. Kepada yang berminat boleh menghubungi Ustazah Rafizaton 019-4290559.

facebook_page_plugin

Makluman:

PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM

PASJK akan dilaksanakan pada sepanjang tahun, khusus kepada pelajar tahun 4, 5 dan 6. Kehadiran pelawar adalah WAJIB. Keputusan prestasi akan dipersembahkan dalam bentuk PRESTASI TAHUN SEMASA dan HIMPUNAN PRESTASI sepanjang tahun pengajian. Aktiviti akan dijalankan pada setiap hari Rabu jam 3:30 petang hingga 5:30 petang.


 

PROGRAM KECEMERLANGAN UPKK 2017

Sukacita dimaklumkan bahawa SRATI akan mengadakan Program Kecemerlangan UPKK 2017 seperti berikut:

Tarikh: Bermula 1 Februari 2017
Masa: 3:30 ptg - 5:30 ptg
Hari: Isnin - Khamis
Tempat: SRATI
Bayaran: RM 20.00 sebulan

Kehadiran adalah WAJIB

 

 

 

 

Sumbangan Ikhlas
Banner Talian PIBG