Alamat

Lot 37152 Off Lintasan Desa Jaya,
Taman Kinta Jaya,
31250 Tg. Rambutan,
Perak

Tel:     05-5334705 / 013-5301399
Faks:   05-5335385
Email:  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.


 


24 September 2018 - Hari pertama UPSR telah bermula untuk calon-calon UPSR di SRATI. Bacaan yasin telah diadakan sebelum calon-calon UPSR melangkah masuk ke dalam dewan.

Pulau Pinang, 8 September 2017:   Etiqa Insyuran Dan Takaful telah mengadakan Makan Malam pada hari ini. Makan malam ini telah diadakan di Hotel Shangri-La Hotel Rasa Sayang, Batu Ferenggi, Pulau Pinang. Di dalam majlis yang sama SRATI telah dijemput bagi menerima cek (Mok) zakat Etiqa Takaful.

21 September 2018 - SRATI telah mengadakan Majlis Mohon Restu untuk murid-murid yang akan menduduki UPSR. Semua ibu bapa murid-murid yang terlibat dijemput hadir bersama anak-anak mereka.

14 September 2018 - Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-61 telah berlangsung bertempat di dewan SRATI. Tema untuk sambutan kemerdekaan tahun ini adalah Sayangi Malaysiaku.

Murid-murid tahap 2 telah mempelajari cara membuat kesan luka berdarah semasa aktiviti kokurikulum. Teknik membuat luka ini sering digunakan semasa melakonkan aksi berbahaya seperti kemalangan.

Beberapa hari yang lepas, satu pertandingan Ihtifal Kafa Peringkat Negeri Perak telah berlangsung. Beberapa orang murid SRATI telah menyertai pertandingan tersebut.

Promosi susu formula Dugro telah berlangsung di pra sekolah Annur. Murid-murid pra sekolah Annur di SRATI terhibur dan mendapat lebih banyak info mengenai kebaikan susu dalam kehidupan harian.

Sempena sambutan Kemerdekaan yang ke-61, SRATI telah mengadakan perrtandingan mewarna sempena Hari Kemerdekaan ke-61 oleh murid-murid Tahun Satu. Pelbagai ragam dan gelagat murid-murid Tahun 1 semasa pertandingan dijalankan.

  

7 September 2018 - Pertandingan Merdeka Public Speaking Tahun 5 telah diadakan di SRATI. Pertandingan ini di bawah bimbingan guru Bahasa Inggeris di SRATI. 

   

6 September 2018 Pertandingan deklamasi sajak sempena Hari Merdeka dan Hari Malaysia 2018 telah diadakan di SRATI. Pertandingan ini telah disertai oleh murid-murid tahap 2. Peserta-peserta perlu menyampaikan sebuah sajak mengenai kemerdekaan. 

Latihan Nasyid ke Peringkat Negeri

Latihan akan dimulakan semula pada 14/10/2016 sehingga tarikh ikhtifal negeri yang akan dimaklumkan oleh JAIP 


 

Bengkel SRATI telah mengadakan Bengkel Teknik Menjawab Soalan Bahasa Inggeris. Bengkel ini bertujuan untuk membantu murid-murid menjawab soalan-soalan Bahasa Inggeris dengan betul.

Ipoh, 12 Ogos 2017: Suasana sekitar Program Qiamullail SRATI  yang telah diadakan pada 12 hingga 13 Ogos 2017. Program ini melibatkan murid Tahap Dua. Objektif program ini adalah bagi membiasakan murid dengan aktiviti ibadah solat sunat. Selain itu, turut dimuatkan dengan pengisian tazkirah, bacaan surah dan AlMathurat serta riadhah 

IPOH,14 Ogos 2017: SRATI telah menganjurkan Perasmian Bulan Kemerdekaan. Gimik perasmian ini telah dijayakan oleh Ustaz Nur Salam bersama beberapa orang guru pembantu dan anak-anak soleh SRATI.

Ipoh, 27 Ogos 2017: Majlis Penyerahan Cek dan gotong royong Sekolah Agama Tarbiyyah Islamiyyah sedang berlangsung. Terima kasih tidak terhingga kepada Etiqa Takaful dan AGG Samarata atas sumbangan pembangunan sekolah. Mudah mudahan dengan usaha murni ini memberikan keberkatan kepada syarikat tuan-tuan.


Seri Iskandar, 6 Ogos 2016:   Alhamdulillah 5 acara yang dipertandingkan di peringkat Zon 3 pada 6.8.2016 telah berjaya ke peringkat negeri. Tahniah kepada yang berjaya.

Berikut adalah keputusan yag diperolehi oleh SRATI:

Makluman:

PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM

PASJK akan dilaksanakan pada sepanjang tahun, khusus kepada pelajar tahun 4, 5 dan 6. Kehadiran pelawar adalah WAJIB. Keputusan prestasi akan dipersembahkan dalam bentuk PRESTASI TAHUN SEMASA dan HIMPUNAN PRESTASI sepanjang tahun pengajian. Aktiviti akan dijalankan pada setiap hari Rabu jam 3:30 petang hingga 5:30 petang.


 

PROGRAM KECEMERLANGAN UPKK 2017

Sukacita dimaklumkan bahawa SRATI akan mengadakan Program Kecemerlangan UPKK 2017 seperti berikut:

Tarikh: Bermula 1 Februari 2017
Masa: 3:30 ptg - 5:30 ptg
Hari: Isnin - Khamis
Tempat: SRATI
Bayaran: RM 20.00 sebulan

Kehadiran adalah WAJIB

 

 

 

 

Banner Talian PIBG
Program Korban SRATI 2020