Alamat

Lot 37152 Off Lintasan Desa Jaya,
Taman Kinta Jaya,
31250 Tg. Rambutan,
Perak

Tel:     05-5334705 / 013-5301399
Faks:   05-5335385
Email:  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.


 


Pada 23 hingga 27 hari bulan Julai 2018, telah berlangsungnya percubaan UPSR. Semua calon UPSR di SRATI wajib menghadapi percubaan UPSR sebagai persiapan menghadapi peperiksaan UPSR yang sebenar. 

Pada 9 Julai 2018, Ustaz Wan Tarmizi Abd Aziz telah kembali ke rahmatullah. Beliau merupakan seorang yang sangat berjasa dalam dunia dakwah dan pendidikan.Beliau juga pernah menganjurkan sebuah kelas Dhuha untuk golongan ibu bapa di dewan SRATI hampir 2 tahun.

29 Jun 2018 - SRATI telah mengadakan hari bertemu waris. Hari bertemu waris ini berlangsung di setiap kelas. Guru kelas tersebut akan memberikan buku rekod peperiksaan kepada ibu bapa murid-murid yang hadir. Guru kelas akan memberikan nasihat dan memberitahu potensi diri murid tersebut semasa berada di sekolah.

14 Julai 2018 - SRATI telah menghantar lima orang wakil pelajar bagi menyertai Majlis Ihtifal Peringkat Zon 3 Negeri Perak yang diadakan di Kolej Vokasional Seri Manjung. Alhamdulillah...kelima-lima peserta tersebut  telah berjaya membolot gelaran juara bagi kelima-lima acara yang disertai oleh mereka. 

28 Julai 2018 -  Persatuan Sains dan Matematik telah membuat lawatan ke Petrosains, Kuala Lumpur. Lawatan tersebut bergabung dengan kelas tuisyen malam di sekolah. 

Persatuan Sains dan Matematik SRATI telah menganjurkan minggu Celik Matematik. Tujuan utama  minggu Celik Matematik adalah supaya murid-murid berasa seronok, tertarik dan minat pada subjek teras ini.

16 Julai 2017 -  SRATI telah melancarkan Minggu Matematik peringkat sekolah semasa perhimpunan pagi hari tersebut. Pelancaran tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Guru Matematik di SRATI.

Pada bulan Mac yang lalu, telah berlangsungnya satu aktiviti di SRATI iaitu English Camp 5.0. English Camp ini telah berlangsung dengan jayanya kerana dibantu oleh fasilitator-fasilitator yang berpengalaman. Aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan penggunaan bahasa Inggeris dikalangan para pelajar. Ia juga dapat membantu pelajar untuk bertutur dalam bahasa Inggeris dengan lancar.

7 Julai 2018 - SRATI telah mengadakan Mesyuarat Agung PIBG dan sambutan aidilfitri. Majlis tersebut telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran para guru, para pelajar, dan ibu bapa pelajar-pelajar SRATI. Majlis tersebut dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada guru besar SRATI. Seterusnya, para hadirin dijemput menjamu juadah yang telah disediakan.

 

SRATI telah mengadakan Majlis Iftar sempena bulan Ramadhan. Majlis tersebut telah dihadiri oleh guru-guru, pelajar-pelajar, dan ibu bapa para pelajar SRATI bagi memeriakan majlis ini. Para guru SRATI dan ibu bapa telah berganding bahu untuk menyediakan juadah-juadah berbuka puasa untuk disajikan kepada para tetamu yang hadir.  

3 Mac 2018 - SRATI telah mengadakan Temasya Sukan dan Sukaneka 2018 yang bertempat di padang SRATI. Temasya Sukan dan Sukaneka 2018 ini telah dirasmikan oleh Pengerusi Jemaah Pengurusan Kompleks Pendidikan Tarbiyyah Islamiyah iaitu Tuan Haji Ahmad bin Mat Jita. Para peserta Temasya sukan ini terdiri daripada pelajar-pelajar SRATI. Pelbagai acara sukan dipertandingkan untuk mencari para pemenang.

 

16 Mei 2018 : Alhamdulillah. Program sambutan hari guru pada tahun ini berjalan dengan lancar dan meriah. Tema bagi sambutan hari guru tahun ini ialah 'Kembar'. Tema ini adalah hasil sumbangan idea daripada guru-guru SRATI.

Makluman:

PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM

PASJK akan dilaksanakan pada sepanjang tahun, khusus kepada pelajar tahun 4, 5 dan 6. Kehadiran pelawar adalah WAJIB. Keputusan prestasi akan dipersembahkan dalam bentuk PRESTASI TAHUN SEMASA dan HIMPUNAN PRESTASI sepanjang tahun pengajian. Aktiviti akan dijalankan pada setiap hari Rabu jam 3:30 petang hingga 5:30 petang.


 

PROGRAM KECEMERLANGAN UPKK 2017

Sukacita dimaklumkan bahawa SRATI akan mengadakan Program Kecemerlangan UPKK 2017 seperti berikut:

Tarikh: Bermula 1 Februari 2017
Masa: 3:30 ptg - 5:30 ptg
Hari: Isnin - Khamis
Tempat: SRATI
Bayaran: RM 20.00 sebulan

Kehadiran adalah WAJIB

 

 

 

 

Banner Talian PIBG
Program Korban SRATI 2020